Connect with us

Oh! Media

(Video) Empat Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2

Umum

(Video) Empat Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2

HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

ADVERTISEMENT

Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Hafshah Wangai, 56, yang mengalami cedera parah dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan, berada di luar kereta ketika kejadian.

Video:

(Video) Empat Rentung Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur 2
HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.Berita penuh di http://www.ohmedia.my/2015/05/empat-rentung-kemalangan-di-lpt2.html
Posted by Oh! Media on Sunday, May 24, 2015


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.

“Pemandu kereta menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana kereta itu mengalami kerosakan sebelum tidak lama kemudian dirempuh lori terbabit dan kedua-dua kenderaan terus terbakar,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Salah seorang mangsa, Dayang Suhana ada mengemaskini statusnya hujung April lalu yang menyentuh hati ramai kenalannya.

Dayang Suhana dan anaknya, Nur Damia antara mangsa yang terkorban di dalam kemalangan ini.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat Allah STW.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas