Connect with us

Oh! Media

Empat Golongan Wanita Syurga & Neraka

Umum

Empat Golongan Wanita Syurga & Neraka

ADVERTISEMENT
Menyebut oleh Imam Az-Zahabi Rahimahullahu Taala : “Dan telah datang dari Rasulullah saw sabdanya : Empat golongan dari wanita di dalam syurga dan empat golongan di dalam neraka.
Maka empat golongan yang yang di dalam syurga ialah :
1. Wanita yang baik dan taat kepada perintah Allah dan taat kepada suaminya. 
2. Sangat menyayangi lagi sabar dan sentiasa merasa cukup  dengan pemberian suaminya walau pun sedikit. 
3. Sangat pemalu yang jika suaminya keluar rumah maka sangat ia menjaga dirinya dan menjaga harta benda suami. Dan jika suaminya ada di rumah maka ia menjaga tutur katanya daripada menyakiti suami.
4. Jika suaminya mati dan ada baginya anak-anak yang masih kecil maka bersusah payah dia menjaga kebajikan anak-anaknya dan mengelokkan sehabis elok menjaga mereka.  Dan tiada ia berkahwin lagi kerana takut tersia-siakan anak-anaknya itu.
Dan adapun empat wanita yang di dalam neraka ialah :
1. Wanita yang jahat lidahnya atas suaminya yakni mulutnya sentiasa berleter ke atas suaminya dan mengeluarkan perkataan yang jahat. Jika suami tiada di rumah maka ia tidak menjaga akan dirinya manakala jika suaminya pulang maka disakiti akan suaminya dengan perkataan.
2. Wanita yang suka membebankan suaminya dengan perkara atau permintaan yang suaminya tidak mampu.
3. Wanita yang tidak menutup dirinya dari pandangan lelaki-lelaki diluar rumah. Dan keluar rumah dalam keadaan bergaya serta berhias cantik.
4. Wanita yang tiadalah cita-citanya dalam hidup melainkan makan dan minum dan tidur. Tiada ia gemar pada sembahyang dan pada taatkan Allah dan Rasulnya dan tiada mahu ia taat pada suaminya.
Maka kaum wanita apabila ada padanya sifat-sifat ini dan keluar rumah pula tanpa meminta kebenaran dari suaminya adalah ia dilaknat dan termasuk dari golongan ahli neraka melainkan bahawa ia bertaubat kepada Allah.”
Sumber : Kitab Al-Kabaair m.s. 175

Imam Muhammad bin Ahmad Az-Zahabi  (673-788 Hijrah)

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas