Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Juruterbang

Umum

Emma Maembong Sah Bergelar Isteri Juruterbang

Wah! Tahniah diucapkan kepada pelakon jelita, Emma Maembong atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail sah bergelar isteri kepada juruterbang yang bernama Muhammad Shazli Azhar dengan sekali lafaz di Bukit Damansara jam 11.58 pagi tadi.

ADVERTISEMENT


Pasangan ini mengayakan persalinan berwarna putih yang direka khas oleh Ezuwan Ismail. Majlis yang dihadiri 300 tetamu itu menyaksikan pengantin lelaki memberi mas kahwin sebanyak RM2,000 dan senaskhah Al-Quran kepada Emma.

Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami. Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami…Insya-Allah. Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu. Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja. Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri. Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang. Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah.


Bagi korang yang meminati Emma Maembong tu, jangan patah hati okay! Mira Filzah masih ada lagi gais. Apapun, Ohmedia doakan agar pasangan merpati sejoli ini berkekalan hingga ke Jannah.


OHMEDIA: SELAMAT PENGANTIN BARU GAIS! RAMAI BETUL PILIH TARIKH HARI INI KAN? MAKLUMLAH 20.02.2020 TU TARIKH PALING CANTIK. HEHE.

Sumber: Instagram | Ezuwan Ismail | Berita Harian

+ Baca respon pembaca ucap tahniah kepada pasangan ini di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas