Connect with us

“Emak Dah Tanya Bila Dia Dapat Menimang Cucu” – Farah Nabilah

Umum

“Emak Dah Tanya Bila Dia Dapat Menimang Cucu” – Farah Nabilah

Baru-baru ni ada pula khabar angin yang mengatakan Farah Nabilah akan menamatkan zaman bujangnya pada bulan Oktober ni dan dia pun dah mula mengedarkan kad kahwinnya. Okay gais! Dia sendiri pun terkejut bila dia dengar berita macam ni huhuhu. Siapa lah memandai-mandai buat cerita pasal dia kan?

Farah ni sebenarnya anak sulung yang jenis tak suka share life peribadi dia selagi dia belum ada ikatan sah tau? Yang pasti, dia berkata yang dia takkan berahsia daripada media dan peminatnya bila dia nak kahwin tau. So kita tunggu jelah ya gais?

Saya tidak tahu bagaimana cerita saya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat boleh timbul. Saya anggap ia sebagai doa daripada mereka yang ingin melihat saya segera bertemu jodoh. Jika betul saya mahu berumah tangga, saya tidak akan berahsia. Saya tidak akan sesekali menyembunyikan berita gembira itu daripada peminat. Pada usia 27 tahun, sudah tentu saya mempunyai perancangan ke arah itu. Emak pun sudah mula bertanya, bila dia dapat menimang cucu.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top