Connect with us

Oh! Media

Elizabeth Tan Dalam Bahaya! Akan Disimbah Asid Jika Berdegil

Umum

Elizabeth Tan Dalam Bahaya! Akan Disimbah Asid Jika Berdegil

Aduh, siapa yang sanggup ugut kesayangan Ohmedia ni? Ohmedia maksudkan penyanyi Elizabeth Tan yang memaklumkan dia telah menerima ugutan dari seorang wanita yang mengatakan ingin menyimbah asid kepadanya. Apa agaknya punca sampai sanggup ingin buat macam tu kat Elizabeth?

ADVERTISEMENT

Dari apa yang diceritakan oleh Elizabeth, wanita terbabit telah berasa cemburu dengan tindakan teman lelakinya yang ingin mendekati Elizabeth dan meninggalkan komen di Instagram bagi memikat dirinya.

Saya ada perkembangan terkini yang mengejutkan. Ada seorang wanita mahu menyimbah asid kepada saya. Cerita dia begini, ada seorang peminat selalu komen di Instagram, itu normal! Masalahnya girlfriend dia psiko. Dia DM (mesej peribadi) Thira (pengurus) dan cakap ‘you ada skandal dengan boyfriend I ke?Tolong block boyfriend I’ , jadi Thira pun block lah akaun lelaki tu. Tu tak apa lagi, dia boleh cakap degan Thira lagi, tolong minta boss ( Lizzy) you untuk sekat boyfriend dia . Kalau tak dia akan simbah asid dekat muka Lizzy, kata Elizabeth yang dikenali juga sebagai Lizzy.

Pergh! Sampai macam tu sekali perempuan psiko. Elizabeth yang berkongsi perkari ini dalam update vlognya turut menegaskan dia tidak akan berdiam diri dan akan menganggap ia sebagai perkara serius serta membuat laporan polis.

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas