Connect with us

Elfora Loy Telah Selamat Bertunang Dengan Seorang Anak Datuk?

Umum

Elfora Loy Telah Selamat Bertunang Dengan Seorang Anak Datuk?

Menurut portal hiburan Astro Gempak, aktres Elfira Loy dikhabarkan selamat menjadi tunangan kepada seorang lelaki bernama Muhamad Faris Khairol Anuar yang juga merupakan anak seorang Datuk, kira-kira 9 pagi semalam.

Tidak mahu menunggu lama, pasangan itu dikatakan sudah mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka dalam masa beberapa bulan lagi.

Menurut sumber Astro Gempak, Elfira akan berkahwin dengan pengurus besar syarikat telekomunikasi itu pada bulan Januari depan. Pasangan itu tidak mahu bertunang lama kerana sejarah pahit putus tunangnya yang mendapat perhatian luas sebelum ini.

Tambah sumber itu lagi, Muhamad Faris juga baru saja putus cinta pada awal tahun ini sebelum ditakdirkan ditemukan dengan Elfira.

Pasangan ini dilaporkan baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta iaitu pada Ramadan lalu sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

Oh! Media: Baguslah tu, jangan tunggu lama-lama. Semoga hubungan ini kekal hendaknya.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top