Connect with us

Oh! Media

Elfira Loy Gagahkan Diri Berpuasa Sehingga Petang – Hamil 3 Bulan

Umum

Elfira Loy Gagahkan Diri Berpuasa Sehingga Petang – Hamil 3 Bulan

Pelakon Elfira Loy yang sebelum ini mengumumkan bahawa dia telah hamil turut tidak ketinggalan untuk berkongsi pengalamanya berpuasa yang dilihat cukup berbeza dari tahun-tahun sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Elfira mengakui bukan mudah baginya untuk berpuasa ketika sedang berbadan dua. Namun dia tidak mahu terlalu memanjakan diri dan tetap mencuba untuk berpuasa dari pagi hingga petang.

Pada hari pertama berpuasa, Elfira telah diuji apabila badannya berasa kurang selesa dan kembung perut sehingga membuatkan dia cepat loya nak muntah. Pada hari kedua berpuasa pula, Elfira mengakui dia tewas dan terpaksa berbuka awal kerana tidak larat meneruskan puasa sehingga petang.

“Memang mencabar berpuasa ketika berbadan dua. Pada hari pertama, pelbagai perasaan datang, namun saya cuba tidak terlalu mengikut kata hati. Saya lelapkan mata dan apabila bangun, saya ke dapur menyediakan juadah berbuka”

“Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh. Cuma pada hari kedua, saya tewas. Ada ketika, saya dalam dilema sama ada mahu berpuasa atau tidak, tetapi selagi tidak membebankan diri dan membahayakan kandungan, saya akan cuba”.

“Cuma, apabila berdepan alahan, itu yang membuat saya tidak berdaya. Dugaan setiap wanita hamil tidak sama, tetapi saya lawan juga perasaan itu. Dorongan suami memberikan saya kekuatan untuk menunaikan tarawih,” katanya.

Hail pemeriksaan doktor juga menunjukkan Elfira dan kandungan selamat untuk meneruskan ibadah berpuasa dan hanya memerlukan masa untuk biasakan diri. Maklumlah, pengalaman pertama bersama kandungan kan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas