Connect with us

Oh! Media

Egg Boy Dermakan Semua Sumbangan Miliknya Kepada Mangsa Christchurch

Eggboy instagram 1120jpg

Umum

Egg Boy Dermakan Semua Sumbangan Miliknya Kepada Mangsa Christchurch

Mesti korang masih ingat dengan seorang remaja asal Australia yang telah digelar sebagai ‘Eggboy’ kerana telah memecahkan sebijik telur di atas kepada seorang senator celupar Fraser Anning berhubung kenyataan jahatnya mengenai serangan masjid di Christchurch.

Terkini, Eggboy atau nama sebenarnya William Connolly telah mendermakan hampir Aus$100,000 (RM290,000) yang diperolehnya kepada mangsa tembakan rambang itu.

Untuk pengetahuan korang, dua laman GoFundMe yang ditubuhkan untuk mengutip sumbangan bagi membiayai bayaran guaman membela Connolly dan ‘membeli lebih banyak telur’ segera menarik sumbangan ribuan dolar.

IKLAN

Connolly menulis dalam akaun Instagram lewat semalam bahawa beliau ‘memutuskan untuk menderma semua wang bagi membantu mangsa pembunuhan itu kerana wang itu bukan miliknya’.

“Akhirnya!!! Selepas kerenah birokrasi yang panjang, Aus$99,992.36 (RM290,457.95) sudah dipindahkan kepada Yayasan Christchurch dan Sokongan Mangsa.

“Kepada mangsa tragedi itu, saya berharap dengan sepenuh hati ini akan memberi sedikit kelegaan. Terus sebarkan kasih sayang,” katanya, menambah beliau tidak perlukan wang kerana firma undang-undang bertindak pro bono untuk kesnya.

Connolly, April lalu dibebaskan dengan amaran polis bagi kejadian itu.

A post shared by Will Connolly (@willconnolly__) on

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas