Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Mungkin Akan Hanya Benarkan Penghantaran e-bazar Melalui e-hailing Sahaja

Oh! Lifestyle

Kerajaan Mungkin Akan Hanya Benarkan Penghantaran e-bazar Melalui e-hailing Sahaja

Nampaknya sambutan Ramadhan dan Hari Raya pada tahun 2020 ini akan banyak berbeza dari tahun kebiasaan kita meraikannya. Sekarang juga banyak pihak yang masih belum jelas dengan apa yang akan berlaku selepas ini.

ADVERTISEMENT

Walaupun pihak kerajaan selaraskan pembatalan semua bazar Ramadan seluruh Malaysia akibat wabak pandemik COVID-189, kerajaan telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelaksanaan konsep e-bazar dan setiap makanan yang dibeli hanya boleh dihantar perkhidmatan e-hailing.

Bagi Ohmedia, keputusan ini sangat tepat bagi mengelakkan berlakukan lebih ramai orang menjadikan ia sebagai alasan untuk keluar rumah. Bayangkan jika pelanggan boleh pergi ke sesuatu lokasi untuk mengambil makanan yang ditempah, mungkin akan berlaku kesesakan lalu lintas kerana orang keluar rumah serentak. Ini pasti akan menyukarkan lagi tugas pasukan keselamatan negara bagi memantau pergerakan orang ramai sekaligus gagal dalam misi memutuskan rantaian wabak ini.

Apapun, satu mekanisma yang tepat dan bijak perlu dikeluarkan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. Hanya beberapa hari lagi sebelum kita menyambut bulan Ramadhan dan diharapkan rakyat Malaysia terus kekal bersabar.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang rindukan bazaar Ramadhan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas