Connect with us

Oh! Media

Dunia – Pesawat Pejuang Myanmar Buatan China Terhempas Dan Korbankan Seorang Kanak-Kanak

Merlin 145370667 ef7ad8ad 624a 4920 a4c7 c0c4ec540bdb articlelargejpg

Umum

Dunia – Pesawat Pejuang Myanmar Buatan China Terhempas Dan Korbankan Seorang Kanak-Kanak

Dua juruterbang dan seorang kanak-kanak terkorban apabila dua jet pejuang buatan China yang diterbangkan oleh tentera udara Myanmar terhempas semalam.

Pihak berkuasa berkata, kedua-dua jet pejuang F-7 itu melanggar menara penyiar, satu daripadanya menjunam ke sawah padi sementara satu lagi berhampiran pagoda terkenal Buddha di rantau Magway, tengah Myanmar.

Pesawat dilaporkan berkecai dan kanak-kanak perempuan Thwal Zin Nyein, 11, maut apabila serpihan satu daripada jet terbabit mengenainya ketika sedang belajar di luar sekolah persendirian.

IKLAN

Mayat dua juruterbang, Kapten Phyo Maung Maung dan Kapten Hein Thu Aung berada dalam bangkai pesawat, kata Aung Moe Nyo yang melawat tempat nahas, menambah seorang daripada juruterbang cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas