Connect with us

Oh! Media

Dua Nama Besar AirAsia, Tony Fernandes Dan Kamaruddin Lepaskan Jawatan Eksekutif

untitled2bdesign2b2528552529png

Umum

Dua Nama Besar AirAsia, Tony Fernandes Dan Kamaruddin Lepaskan Jawatan Eksekutif

Siapa jer yang tak kenal dengan nama besar dari Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes selaku Ketua Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia dan Datuk Kamaruddin Meranun, Pengerusi AirAsia Group Bhd (AirAsia)? Ohmedia dapat tahu yang mereka berdua masing-masing telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut untuk tempoh dua bulan dan berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan ini dibuat untuk memberi laluan kepada AirAsia untuk membuat siasatan. Jawatan mereka berdua dikatakan akan ditukar kepada ahli lembaga pengarah dan bukan eksekutif AirAsia. Ianya akan dijalankan sehingga tempoh yang akan diberitahu atau seawal dua bulan bergantung kepada syarikat itu. Tharumalingam Kanagalingam telah dilantik sebagai Pemangku CEO Air Asia dan kedua-dua mereka, Tony dan Kamaruddin dikekalkan sebagai penasihat syarikat sepanjang tempoh dua bulan.

Mereka berdua berhadapan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa berhubung dengan saham AirAsia yang susut ke paras paling rendah dalam tempoh empat tahun. Sejak 26 Januari 2016 lalu, saham AirAsia, penerbangan tambang rendah itu dikatakan turun sebanyak 10.49 peratus manakala untuk AirAsia X Bhd, unit penerbangan jarak jauh pula merosot sebanyak 12 peratus.

IKLAN

Sumber : The Star

+ Baca respon pembaca dua nama besar AirAsia lepaskan jawatan di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas