Connect with us

Oh! Media

Dua Isteri Rasulullah Bernama Zainab

rgejpg

Umum

Dua Isteri Rasulullah Bernama Zainab

Soalan:
Saya ada dengar bahawa isteri Nabi SAW ada yang bernama Zainab. Dan benarkah isteri yang Nabi SAW yang bernama Zainab adalah dua orang?

Jawapan:
Dalam pengamatan kami melalui kitab-kitab Sirah bahawa isteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab adalah dua orang.

Pertama: Zainab bint Khuzaimah R.Anha

IKLAN

Beliau berasal daripada Bani Hilal ibn Amir ibn Sya’sya’ah. Beliau digelar Ummu al-Masakin (ibunda orang-orang yang miskin) kerana kasih sayang dan kemurahan hatinya terhadap mereka. Sebelum itu, beliau adalah isteri Abdullah ibn Jahsy yang mati syahid pada Perang Uhud. Kemudian Rasulullah SAW menikahinya pada tahun keempat Hijrah. Namun beliau meninggal dunia dua atau tiga bulan setelah pernikahan ini pada akhir bulan Rabiul Awwal tahun keempat Hijrah dan disolatkan oleh Nabi SAW dan dikebumikan di Baqi’. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 690)

Ibnu Kathir berkata: “Zainab dikenali dengan sebutan Ummul Masakin kerana beliau banyak bersedekah dan berbuat baik kepada orang-orang miskin.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/203)

Beliau meninggal dunia pada usia yang masih sangat muda. Sebahagian rujukan menyebut bahawa umur beliau ketika itu sekitar 30 tahun.

Al-Balazuri berkata: “Rasulullah SAW berkahwin dengannya pada bulan Ramadhan tahun ketiga hijrah. Beliau bersama Rasulullah SAW selama lapan bulan dan meninggal dunia pada akhir bulan Rabi’ al-Akhir tahun keempat hijrah. Rasulullah SAW solat jenazah ke atasnya dan mengebumikannya di Baqi’.” (Lihat Jumal min Ansab al-Asyraf oleh Ahmad bin Yahya al-Balazuri, 1/429)

Kedua: Zainab binti Jahsy R.Anha

Beliau berasal daripada Bani Asad ibn Khuzaimah. Beliau anak perempuan daripada ibu saudara Rasulullah SAW sendiri. Sebelum itu, beliau adalah isteri Zaid bin Harithah yang dianggap sebagai anak kandung Baginda. Maka Zaid menceraikannya, lalu Allah SWT menurunkan ayat yang berdialog dengan Rasulullah SAW:

فَلَمَّا قَضَىٰ زَيْدٌ مِّنْهَا وَطَرًا زَوَّجْنَاكَهَا
“Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya.” [Surah al-Ahzab (37)]

Rasulullah SAW menikahi Zainab binti Jahsy pada bulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. (Lihat al-Rahiq al-Makhtum, hlm. 691)

Ummul Mukminin Zainab bint Jahsy R.Anha wafat pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar ibn al-Khattab, iaitu pada tahun ke-20 Hijrah. Ada juga yang menyatakan tahun ke-21 H. Beliau wafat ketika usianya 53 tahun. (Lihat Sifatu al-Safwah, 1/326)

Semoga Allah limpahkan kepada kita perasaan kasih sayang dan cinta kepada Rasul SAW dan keluarga Baginda SAW serta sahabatnya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas