Connect with us

Oh! Media

Drama Nur Miliki 6 Trofi Dalam DFKL 2019 Malam Tadi

54800390 355095285136153 5943405321370124030 njpg

Umum

Drama Nur Miliki 6 Trofi Dalam DFKL 2019 Malam Tadi

Nampaknya drama Nur berjaya mendapatkan enam trofi utama di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 yang turut membawa pulang trofi Drama pilihan.

Pengarah dan Penulis drama Nur, Shahrulezad Mohameddin turut mendapat anugerah dalam kategori Skrip Pilihan.


IKLAN

Aktor Pilihan juga menjadi milik pelakon utama Syafiq Kyle yang membawakan watak Ustaz Adam. Namun, Amyra Rosli tidak berjaya mendapatkan Aktres Pilihan kerana ia menjadi milik Janna Nick dalam drama Semerah Cinta sebagai Humairah.

Amyra tidak pulang dengan tangan kosong, setelah dipilih sebagai Pasangan Pilihan hasil gandingan mantap lakonannya bersama Syafiq.

Kategori Antagonis Pilihan terus diungguli Nur apabila trofi itu menjadi milik Azhan Rani. Drama rantaian Nur disiarkan menerusi slot Samarinda TV3, tahun lalu.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas