Connect with us

Oh! Media

Dr Zakir Naik Mohon Maaf Walaupun Telah Perjelas Perkara Sebenar

Oh! Negara

Dr Zakir Naik Mohon Maaf Walaupun Telah Perjelas Perkara Sebenar

Dalam minggu ini, kita telah melihat episod serangan ke atas seorang penceramah bebas iaitu Dr Zakir Naik dan hari ini beliau telah tampil memohon maaf jika telah menyinggung perasaan masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Video penjelasan Zakir itu dimuat naik dan beliau telah menegaskan dirinya bukanlah seorang yang rasis dan kenyataannya sebelum ini telah ditokok tambah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan kontroversi.

Saya sentiasa menjadi orang yang cintakan keamanan kerana itulah yang dituntut dalam al-Quran. Misi saya menyebarkan keamanan di seluruh dunia. Malangnya, saya berdepan dengan pengkritik yang cuba menghalang saya daripada menjalankan misi saya. Rasisme adalah kejahatan, yang saya tolak dengan keras kerana dalam Quran, ia bertentangan dengan prinsip saya sebagai seorang pendakwah Islam.

IKLAN

Dalam pada itu, Zakir turut sempat mengajak mereka yang mungkin tidak pernah mengikuti video-video ucapannya sebelum ini untuk mendengar rakaman dan video ceramah berkenaan di YouTube, Peace TV dan aplikasi mudah alih TV Peace bagi melihat sendiri usaha dan pendekatan yang cuba digunakannya untuk menyebarkan keamanan selama ini.

Zakir Naik turut tersentuh dengan sokongan ratusan ribu orang terhadap dirinya dan mengucapkan terima kasih. Untuk pengetahuan korang, semalam, Zakir Naik telah memberikan keterangan kepada pihak Polis.



Oh! Makan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas