Connect with us

Oh! Media

Dr Noor Hisham Terangkan Gejala Baru Jika Terkena Jangkitan Wabak

Umum

Dr Noor Hisham Terangkan Gejala Baru Jika Terkena Jangkitan Wabak

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan tanda-tanda baharu yang menunjukkan jangkitan Covid-19. Antaranya adalah, rasa kelesuan, hilang deria bau dan deria rasa.

ADVERTISEMENT

Gejalan ini semakin bertambah selepas gejala asal adalah seperti rasa demam, batuk, selesema, cirit-birit dan sesak nafas.

Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa. Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat. – Katanya.

Dr Noor Hisham turut berkongsikan keadaan seoarang pesakit Covid-19 dari salah seoarang ahli mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan seorang pegawai dan pada mulanya dia tidak mempunyai gejala nyata seperti batuk dan demam. Tetapi pesakit ada rasa kelesuan dan tetap menghadiri mesyuarat kerana belum membuat ujian. Setelah melakukan ujian, pegawai terbabit didapati positif.

Jadi ini bermakna, walaupun ujian dari mesin suhu menunjukkan bacaan normal, kita tetap perlu berhati-hati dan cepat-cepat lakukan pemeriksaan sekiranya mengalami gejala seperti yang disebutkan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan wabak di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas