Connect with us

Oh! Media

Syarikat Percetakan Online Pilihan Oh! Media

Branded

Syarikat Percetakan Online Pilihan Oh! Media

Artikel kali ini Ohmedia akan kongsikan tentang satu servis percetakan yang biasa kami guna dan amat kami percaya akan kredibiliti dan kemampuan mereka dalam memberikan servis yang baik. Untuk sesiapa yang sibuk dengan pelbagai urusan dan tiada masa untuk mencari kedai printing atau kedai yang menyediakan khidmat cenderamata pelbagai, mengapa tidak lakukannya dengan hujung hari anda sahaja?

Jika diikutkan, Double E Design bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi dalam industri percetakan di Malaysia ini kerana mereka bukannya baru. Kualiti servis dan hasil kerja mereka yang baik selama ini membuatkan jenama ini semakin mendapat tempat di hati ramai orang dalam mendapatkan pelbagai cenderamata eksklusif mengikut citarasa mereka.

Menariknya, urusan dengan Double E Design sangatlah mudah yang mana semua tempahan boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Ohmedia sendiri telah beberapa kali menggunakan khidmat mereka dan sehingga ke hari ini. Boleh refer di sini untuk lihat.

Jika ditanya oleh sesiapapun, tiada nama lain yang akan kami berikan selain memberikan mereka info laman sosial Double E Design untuk mereka membuat rujuan sendiri kerana Ohmedia juga hingga ke hari ini masih mendapatkan perkhidmatan mereka untuk sebarang cenderamata yang kami ingin ciptakan.




Selain dari percetakan, Double E Design juga menawarkan perkhidmatan rekabentuk grafik dan juga fotografi kepada perseorangan, organisasi, ataupun syarikat. Mereka juga menerima tempahan produk kreatif untuk kegunaan pelbagai majlis seperti perkahwinan, hari keluarga, hari jadi, dan apa sahaja yang lain.

Semua produk juga sesuai dijadikan sebagai hadiah istimewa untuk insan yang berharga dalam kehidupan kita. Ialah hanya dengan hadiah yang kita “cipta” sendiri sahaja mampu melahirkan nilai estetik terbaik dan sentimental kepada penerima.

Untuk yang berminat untuk dapatkan servis anak muda Melayu berwawasan seperti mereka, bolehlah pergi ke website atau Facebook mereka dan lihat sendiri atau hubungi melalui WhatsApp di talian 017-6667131.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan kalian yang masih tercari-cari pihak yang menyediakan servis sebegini.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas