Connect with us

Oh! Media

Dominic Toretto Buat Pengumuman Mengejut Untuk Fast & Furious 9

vin john cenajpg

Umum

Dominic Toretto Buat Pengumuman Mengejut Untuk Fast & Furious 9

The Rock atau Dwayne Johnson sebelum mengumumkan tidak akan muncul dan terlibat dapat sekuel Fast & Furious 9 disebabkan terlibat dalam spin-off filem Hobbs & Shaw.

Oleh itu, ramai yang mula merasakan filem sekuel ini bakal hilang sengatnya kerana kehilangan The Rock dan Jason Statham yang banyak memberi impak kepada filem ini. Namun, produser Vin Diesel mempunyai perancangan tersembunyi apabila bakal menampilkan seorang lagi superstar wrestling iaitu John Cena.

A post shared by Vin Diesel (@vindiesel) on

IKLAN

Vin tidak menerangkan secara jelas peranan John Cena, namun berdasarkan andaian, besar kemungkinan peranan itu bakal menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh watak The Rock.

Fast & Furious 9 ini bakal diarahkan oleh Justin Lim dan diberi tanggungjawab untuk mengubah format perlumbaan jalanan kepada sebuah aksi menyelamatkan dunia.

Walaubagaimanapun, bagi kami nama John Cena tidaklah begitu megah seperti The Rock, namun namanya meningkat naik semula selepas kemunculannya sebagai watak Agent Jack dalam filem Bumblebee.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas