Connect with us

Oh! Media

Doktor Dan Nurse Terbaring Kerana Terlalu Letih Rawat Pesakit Di China Buat Netizen Sebak

Umum

Doktor Dan Nurse Terbaring Kerana Terlalu Letih Rawat Pesakit Di China Buat Netizen Sebak

Wabak yang sedang hebat yang melanda Wuhan, China iaitu koronavirus ini telah membuatkan kan negara itu gawat dan telah mencatat ratusan kematian sejak hari pertama direkodkan. Wabak ini juga dikatakan telah tular hampir ke beberapa buah negara disebabkan kedatangn pelancong dari daerah tersebut.

ADVERTISEMENT

Bila kes semakin tinggi sudah pasti tenaga perubatan seperti doktor dan nurse sangat diperlukan. Sampaikan tak cukup kakitangan. Kesian betul Ohmedia tengok gambar-gambar doktor dan nurse terbaring kerana terlalu letih merawat pesakit di China ini. Ada juga yang sampai terbaring di lantai.



Menerusi perkongsian gambar yang dimuatnaik di Twitter telah mengundang rasa sebak pengguna social media. Gambar itu jelas menunjukkan sebahagian mereka ada yang tidur di atas kerusi dan lantai. Mereka dilihat begitu letih bila seharian merawat dan menghadapi ragam pesakit.

Sebelum ini, kerajaan China telah menghantar puluhan doktor untuk membantu pesakit yang positif di Wuhan dan Hubie. Ohmedia juga turut simpati melihat gambar tersebut, semoga mereka diberikan kesihatan dan kekuatan!

Sumber: Borakdaily

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas