Connect with us

Oh! Media

Doktor Alami Pengalaman Pelik, Terpaksa Keluarkan Sehelai Rambut Di Tapak Kaki

Umum

Doktor Alami Pengalaman Pelik, Terpaksa Keluarkan Sehelai Rambut Di Tapak Kaki

ADVERTISEMENT


Mungkin korang rasa agak sedikit pelik dan berfikir bagaimana sehelai rambut boleh berada di tapak kaki kanan seorang kanak-kanak. Kejadian ini telah berlaku di Slim River, Perak.

Menurut laporan Harian Metro, seorang doktor tidak pernah mengalami pengalaman pelik sebegini sepanjang kariernya selama 12 tahun dan dia terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan rambut itu pada kanak-kanak tersebut.

 

Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE) iaitu Dr Hanafi Yahya mengatakan bahawa kanak-kanak yang berusia lapan tahun itu datang ke kliniknya bersama keluarga yang berasal dari Sungai Siput, Perak untuk menerima lawatan lanjut.

Ketika kejadian itu berlaku, keluarga kanak-kanak tersebut dikatakan berpindah ke rumah baru semasa bermula malam pertama di rumah terbabit.

Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan. Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit. -Dr Hanafi

Doktor Hanafi juga berkata beliau mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter ketika pembedahan kecil dilakukan kira-kira 15 minit.

Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia. Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali.

Walaubagaimanapun, doktor itu masih tertanya-tanya bagaimana kejadian itu berlaku dan baginya ia adalah kuasa Allah SWT.

OHMEDIA: PELIK BETUL BILA RAMBUT MASUK DEKAT KAKI BUDAK TU!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas