Connect with us

Oh! Media

Doktor Alami ‘Mental Breakdown’, Letih Merawat Pesakit Coronavirus Di Wuhan

Umum

Doktor Alami ‘Mental Breakdown’, Letih Merawat Pesakit Coronavirus Di Wuhan

Baru-baru ini, ada seorang pengguna, @JoceeeeCL di Twitter berkongsi satu video mengenai seorang doktor dari sebuah hospital di bandar Wuhan mengalami ‘mental breakdown’ kerana terlalu letih merawat pesakit Coronavirus.

ADVERTISEMENT

Bagi yang nak tengok video, korang boleh klik dekat sumber tu okay. Dalam video tu, doktor tu tengah bercakap dengan seseorang dalam telefon. Haa kalau korang nak tahu sebenarnya doktor tu tengah meluahkan perasaan yang katil dan ruang di hospital memang tak cukup waktu tu sebab ramai sangat pesakit.

Doktor tu juga meluahkan perasaan bahawa dia ingin pulang ke rumahnya untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, memandangkan sana Chinese Spring Festival.

Kesian jugalah Ohmedia tengok doktor-doktor ni sebab diorang tengah kekurangan bekalan perubatan, kekurangan topeng dan juga pakaian untuk perlindungan diri untuk staf di hospital. Ya lah, terlalu ramai pesakit kan?

Yang terbaru pula, Ohmedia ada dengar juga kes seorang doktor yang meninggal dunia di hospital akibat jangkitan daripada pesakit dan sekarang ni ada 3 kes di Malaysia pula tentang penyakit ni. Korang jangan lupa pakai topeng bila berada di luar okay?

Sumber: @JoceeeeCL

+ Baca respon pembaca Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas