Connect with us

Oh! Media

Dituduh Abaikan Atlet Paralimpik, Khairy Jamaluddin Beri Penjelasan

Umum

Dituduh Abaikan Atlet Paralimpik, Khairy Jamaluddin Beri Penjelasan

 

Pertama saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyampaikan pandangan dan komen mengenai para atlet Paralimpik kita dalam media sosial. Saya sangat gembira sebab sekian lama merek tidak dapat perhatian sepertimana mereka dapat hari ini daripada ‘netizens’ Malaysia.

Namun demikian, izinkan saya juga memberi sedikit penerangan berkenaan posting-posting yang tersebar luas berkenaan kejayaan mereka (seperti gambar-gambar dibawah) seolah-olah mereka tidak diberi perhatian mahupun pengiktirafan oleh kerajaan sepertimana yang diberi kepada para atlet Olimpik tempoh hari.

ADVERTISEMENT

Ada yang baru jumpa video Ridzuan Puzi yang telah menang pingat emas dalam acara 100m T36. Mereka share video ini seolah-olah kemenangan itu perkara baharu yang baharu sahaja berlaku. Actually, video itu daripada tahun 2015 di Kejohanan Dunia Olahraga Para bukannya di Paralimpik 2016. Paralimpik 2016 yang dianjurkan di Rio belum bermula lagi. Kontinjen Paralimpik Malaysia belum berlepas lagi (mereka berlepas esok) dan saya baru sahaja berjumpa dengan mereka petang tadi (ada gambar di bawah). Jadi mustahil berlaku apa-apa kemenangan Paralimpik 2016 sebab temasya tersebut belum bermula lagi.

Ada yang mungkin tanya, “OK lah, kalau benda tu benda yang lama, apa yang kamu buat? Takkan kamu tak iktiraf beliau?” Jawapannya semua ada pada gambar-gambar yang ada di bawah. Ridzuan Puzi diraikan dalam pelbagai acara. Beliau diberikan imbuhan yang sama seperti atlet ‘biasa’ (sejak saya dilantik Menteri Sukan insentif kemenangan bagi atlet ‘biasa’ dan atlet Para atau OKU adalah sama rata). Beliau menang anugerah di Anugerah Sukan Negara yang disiar secara langsung dengan keberangkatan DYMM SPB Yang di Pertuan Agong. Beliau di angkat sebagai Anak Muda Terbilang di Perhimpunan Pemuda UMNO. Biar gambar berbicara apa yang telah kita laksanakan. Sama juga untuk atlet para yang lain seperti Felicia Mikat yang juga dinobatkan di Anugerah Sukan Negara.
Petang tadi sewaktu saya berjumpa kontinjen Paralimpik negara saya mengulangi komitmen saya bahawa nilai pingat mereka sama dengan pingat di Olimpik dan mereka juga akan dapat elaun bulanan sepanjang hayat (pencen) sekiranya menang pingat sepertimana atlet ‘biasa’.

Mungkin ada yang juga kata tak ada publisiti, sebab itu orang tak tahu tentang semua ini. Mungkin ada kebenaran disitu. Tapi kalau semak FB saya, memang sentiasa saya mempromosikan atlet Paralimpik luarbiasa Malaysia. Saya telah tulis tentang perubahan dasar supaya mereka diberikan insentif atau imbuhan yang sama pada 2013. Tapi mungkin ramai yang tak sempat baca.

Namun walauapa pun, saya rasa gembira sebab walaupun ada yang kecam saya dengan fakta dan andaian yang tidak tepat, sekurang-kurangnya ramai yang mula pandang kepada para atlet OKU kita. Saya harap sokongan ini berterusan. Bukannya hanya waktu nak bash pihak tertentu apabila benda yang tidak betul diviralkan.

Please share this post with your friends. Not so much for me but because people should know that our para athletes have been looked after and celebrated when no one really paid much attention. It’s ok that you dislike me and the government I represent but please don’t say we don’t care about them. I have supported Malaysian para athletes since my first day in office and I will continue to support them long after the spotlight moves to the latest viral issue Malaysian netizens want to latch on to.
In the meantime, please support them in the upcoming Rio Paralympic Games. Mereka luarbiasa. Dan saya yakin mereka akan mencipta sejarah yang luarbiasa di Paralimpik Rio 2016.

Sumber: FB Khairy Jamaluddin

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas