Connect with us

Oh! Media

Tidak Cukup Ditikam, Dipukul Dengan Kerusi Kayu dan Kipas Sehingga Maut

Umum

Tidak Cukup Ditikam, Dipukul Dengan Kerusi Kayu dan Kipas Sehingga Maut

Perbincangan yang sepatutnya dilakukan menjadi tragedi apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Rezal Md Tab, 37, seorang pekerja Pasar Awam di Segamat, Johor maut dibunuh oleh seorang warga Indonesia, Herwin, 36. Tidak cukup ditikam di rusuk kiri dan lengan, suspek juga telah memukul mangsa dengan kerusi kayu dan kipas bertalu-talu sehingga mati.

ADVERTISEMENT

Perasaan dendam suspek terhadap mangsa meluap apabila mereka dikatakan bertengkar sebelum itu berikutan tuduhan suspek, bahawa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan wanita yang dianggap teman wanitanya. Suspek juga dikatakan telah mencabul anak angkat wanita berusia 9 tahun sebagai balas dendam dan diminta hadir ke rumah wanita tersebut untuk menjelaskan kejadian itu.

Ahmad Rezal Md Tab, 37

Suspek tidak hadir pada masa ditetapkan tetapi telah memecah masuk melalui bumbung dapur selepas tengah malam untuk menyerang wanita berusia 34 tahun berkenaan. Suspek menumbuk, menarik rambut dan menggigit dahi wanita itu tanpa belas kasihan. Ahmad Rezal yang kebetulan ketika itu ada di sana, telah cuba menyelamatkan wanita tersebut dan akhirnya menemui ajalnya.

Suspek yang semakin berang mengejar wanita tersebut dengan tukul besi. Wanita yang ketakutan itu telah menjerit dan didengari jiran tetangga yang menghubungi pihak polis. Suspek berjaya ditangkap oleh jiran tetangga pada awalnya, berjaya meloloskan diri dan tertinggal sebuah bag sandang yang mengandungi pasport, pas perkerjaan dan telefon bimbit.

Suspek- Herwin, 36

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian, menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9312222 atau balai polis berhampiran.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas