Connect with us

Oh! Media

Diserang Tekanan Melampau, Diana Tegaskan Ia Bukan Main-Main

Umum

Diserang Tekanan Melampau, Diana Tegaskan Ia Bukan Main-Main

Minggu lalu, ramai yang terkejut apabila secara tiba-tiba pelakon, Diana Danielle melakukan siaran langsung di sosial media yang menunjukkan dirinya sedang diserang keresahan melampau atau penyakit anxiety. Namun, tindakannya itu dikecam ramai orang yang melihat ianya hanya satu gimik untuk membuatkan namanya terus kekal relevan.

ADVERTISEMENT

Diana menafikan tuduhan itu dan menegaskan permasalahan yang dikongsikannya itu hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang penyakit kesihatan mental. Diana juga menjelaskan, bahawa penyakit ini sukar dikesan dan ia boleh berlaku kepada sesiapa bergantung kepada psikologi dan gaya hidup. Jadi, Diana mengambil peluang untuk tunjukkan kepada semua situasi apabila penyakit itu datang menyerang agar semua boleh faham.

Mengikut Diana lagi, dia baru sahaja tahu yang di mengalami keresahan melampau 2 tahun lalu dan turut berkongsi bagaimana rasanya.

Dua tahun lalu, saya berdepan dengan keadaan yang sama. Bila jumpa doktor, semua okay. Paling kuat pun mereka bagi preskripsi. Berkesan sekejap tapi ubat itu tak boleh guna masa serangan kedua minggu lalu. Saya berpeluh teruk, badan panas, jantung berdegup kencang. Pergi hospital, doktor suruh balik. Dua hari kemudian, saya pergi ke hospital lain untuk membuat pemeriksaan selepas keadaan yang sama berulang lagi. Masa itu baharulah saya tahu ini semua adalah simptom keresahan melampau, katanya.

Diana juga menafikan serangan tekanan melampau yang menimpa dirinya adalah berpunca dari suami, Fard Kamil. Namun, akui rasa agak tertekan dengan kesibukan menguruskan penubuhan syarikat terbaru dan membantu Farid Kamil menyiapkan filem terbaru, Rempit 2.

Jadi, apa pula pandangan korang? Korang pernah tak alami serangan tekanan melampau serupa seperti apa yang dialami Diani ni? Jika ada, bagi Ohmedia bolehlah lakukan pemeriksaan kepada orang yang lebih pakar, bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti bunuh diri.

Sumber: Utusan Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Geekz


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas