Connect with us

Oh! Media

Diserang Penyakit Misteri – Awie Sudah Maafkan Mereka

Umum

Diserang Penyakit Misteri – Awie Sudah Maafkan Mereka

Datuk Awie yang sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan  ke sebuah hospital sejak beberapa minggu yang lalu telah dikeluarkan semalam setelah diserang penyakit misteri.

ADVERTISEMENT

“Setakat diberitahu, semuanya baik baik saja. Saya ada juga bertanya mengenai punca sakit tapi doktor tidak dapat menjelaskan secara terperinci.

“Namun, doktor akui saya ada masalah dalam perut tetapi ia tidak membimbangkan,” katanya enggan berkongsi lanjut mengenai masalah itu.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, beliau percaya sakit dialami berkait rapat dengan gangguan misteri yang dialami sejak 14 tahun lalu.

“Saya akur diuji begini. Cukup-cukuplah seksa saya dan kembalilah kepada fitrah Allah.

“Selepas pulang dari umrah hujung tahun lalu, ‘benda’ ini berlaku lebih kerap dan saya terima.

“Saya pun sudah maafkan mereka tetapi kalau masih tidak puas hati maka teruskanlah dan saya tetap akan maafkan,” katanya reda.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas