Connect with us

Oh! Media

Pelajar Tahfiz Disebat Warden Di Kaki Mungkin Terpaksa Potong Kedua Belah Kaki

Umum

Pelajar Tahfiz Disebat Warden Di Kaki Mungkin Terpaksa Potong Kedua Belah Kaki

Sesuatu yang amat memeranjatkan bila kejadian seperti ini berlaku. Dikatakan seorang warden telah merotan pelajar di bahagian kaki atas kesalahan rakan lain. Selepas 2 minggu dari tarikh kejadian, pelajar tersebut mempunyai darah beku dan terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang hingga merosakkan fungsi buah pinggang pelajar tersebut.

ADVERTISEMENT

Akhirnya ibu-bapa pelajar ini dimaklumkan kemungkinan kedua belah kaki adik ini mungkin terpaksa dipotong. Berikut adalah emel yang kami terima;

Salam admin, untuk maklumat lanjut tengok fb ibu kepada mangsa, adik Mohd Thaqif.

Kesnya adik Thaqif ni dirotan kat kaki oleh warden. Atas kesalahan rakan. Peraturannya Kalau sorang buat salah, semua kena rotan.

Lepas 2 minggu, bekas rotan makin lebam sampai masuk ke HSI JB. Kat kaki rupanya darah dah beku dan kena infection, kemudian melarat hingga buah pinggang kena jangkitan sampai takleh proses, kena dialisis pulak. Makluman terakhir pagi tadi mgkin kedua2 kaki nak kena potong tapi tunggu keputusan dari doktor pakar.

Apa yg sedihnya, sampai hari ni masih belum ada pape siasatan dr pihak berkuasa ke atas warden yg kejam tersebut. Warden madrasah tahfiz di Johor Bahru. Mohon pihak berkuasa siasat perkara ni sbb tak nak anak-anak lain pula jadi mangsa! Anak-anak ini menghafaz ayat suci al quran kenapa didera sampai begini skali..

Tak mintak banyak.. mintak doa dari kawan2 supaya Allah berikan keajaiban buat adik ini yg menghafaz al-Quran. Diberi kesembuhan dan penawar..

Tq admin

Apapun tujuan kami memaparkan kisah ini bukanlah ingin menuding jari kepada mana-mana pihak. Cuma diminta kes ini dapat diangkat masuk ke dalam siasatan pihak berkuasa. Semoga kita dapat dengar pula cerita daripada pihak yang satu lagi untuk mencari kebenaran yang sebenar sebelum menghukum mana-mana pihak.

Diharapkan pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan sekaligus dapat membela nasib adik ini jika benar dia teraniaya. Apapun semoga adik ini dan keluarganya tabah dengan dugaan yang menimpa.

Apa kata anda?

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Update: Kami dimaklumkan murid ini disebat menggunakan getah paip di kaki.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas