Connect with us

Oh! Media

Disangka Melanggar Lubang, Rupanya Mengheret Sebuah Kereta!

Umum

Disangka Melanggar Lubang, Rupanya Mengheret Sebuah Kereta!

Sumber dari Sinar Harian

Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam, yang menunjukkan sebuah lori simen melanggar dan mengheret sebuah kereta. Kejadian di laporkan berlaku di Jalan Klang Lama, petang semalam.

ADVERTISEMENT

Video yang berdurasi 9 saat itu menunjukkan sebuah lori simen yang mengheret sebuah Perodua Axia yang berada dala keadaan melintang dihadapan lori berkenaan.

Berdasarkan info dari Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Kuala Lumpur, Supt. Sarifuddin Mohd Salleh, kemalangan berlaku apabila Perodua Axia yang dipandu oleh seorang wanita dilanggar di bahagian sisi belakang kanan kereta selepas dia menukar lorong dari kiri ke kanan.

Kerana hujan lebat, pemandu lori simen tidak perasan bahawa dia telah melanggar Perodua Axia berkenaan kerana menyangkakan dia hanya terlangggar lubang jalan, sehingga menyebabkan kereta tersebut berpusing dan terseret beberapa meter.

Sumber : Sinar Harian dan Halaman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas