Connect with us

Oh! Media

Dik Wan Atlet Paralimpik Menjadi Penerima Tertinggi – RM260,000

Image2b2528582529jpg

Umum

Dik Wan Atlet Paralimpik Menjadi Penerima Tertinggi – RM260,000

Barisan atlet negara daripada pelbagai jenis sukan mendapat durian runtuh RM6.2 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi tahun 2018.

“Selain pengiktirafan, ia salah satu cara bagi membantu atlet.

“Kita akan terus berusaha untuk memastikan kebajikan atlet terjaga termasuk kerjasama dengan universiti tempatan bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

IKLAN

Atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi atau lebih mesra dipanggil Dik Wan muncul penerima tertinggi apabila mendapat RM260,000 hasil kejayaan meraih tiga pingat emas di Sukan Para Asia di Jakarta selain satu rekod kejohanan dan satu rekod dunia.

Gimnas negara, Amy Kwan Dict Weng pula muncul penerima individu tertinggi Sukan Komanwel selepas kejayaannya meraih dua emas, satu perak dan dua gangsa. Ia membolehkan gimnas berkenaan mengumpul RM133,333 bagi pencapaian yang diraih di Gold Coast itu.

Badminton muncul sukan tertinggi menerima imbuhan iaitu sebanyak RM280,000.

Kontinjen negara di Sukan Komanwel yang meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa secara keseluruhannya mengumpul ganjaran berjumlah RM1,030,000.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas