Connect with us

Oh! Media

Diharapkan Pengenalan Kereta Terbang Pertama Negara Tidak Ditangguhkan Sekali Lagi

Umum

Diharapkan Pengenalan Kereta Terbang Pertama Negara Tidak Ditangguhkan Sekali Lagi

Akhirnya kita dapat juga melihat prototaip kereta terbang pertama negara selepas ia telah beberapa kali ditangguhkan dan berdasarkan maklumat yang kami peroleh, ia dijangkan akan diperkenalkan kepada umum seawal Oktober depan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang berkata kenderaan canggih ini telah menggunakan teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI).

Beliau juga menegaskan bahawa prototaip ini diusahakan tanpa menggunakan wang rakyat kerana ia dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat persendirian.

IKLAN

“Lebih menarik prototaip kereta terbang berkenaan dibangunkan anak tempatan yang berfikiran jauh ke depan dan bertaraf global,” katanya.

Jadi, diharapkan kali ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat melihat prototaip ini dapat direalisasikan kerana sebelum ini ia dikatakan akan diperkenal pada April, tetapi masih tertangguh.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas