Connect with us

Oh! Media

Digaji Tetapi Serah Tugas Kepada Orang Lain

Umum

Digaji Tetapi Serah Tugas Kepada Orang Lain

Soalan:
Jika seseorang itu yang telah diberi amanah dalam satu organisasi, lalu amanah tersebut diserahkan dan dibebankan kepada orang lain, sedangkan dia menerima bayaran walaupun dia tidak menjalankan amanah tersebut, maka apakah hukumnya?
Jawapan:
Dalam menjawab hal ini suka kami nyatakan bahawa amanah wajib ditunaikan, benarlah firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” (Surah al-Nisa’: 58)
Ibn Kathir berkata: “Allah khabarkan kepada kamu agar kamu laksanakan amanah kepada yang berhaknya.”
Daripada Samurah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أَدِّ الْأَمَانَةَ إِلَى مَنْ ائْتَمَنَكَ، وَلَا تَخُنْ مَنْ خَانَكَ
“Tunaikan amanah kepada siapa yang mengamanahkan kepada kamu dan jangan kamu khianat siapa yang mengkhianati kamu.” [Riwayat Ahmad (15424), Al-Tirmidzi (1264), dan Abu Daud (3534)]
Dalam konteks diberi amanah kepada yang lain jika sekiranya dia sebagai penyelia dan juga pengawal disamping bertanggungjawab atas pelaksanaan amanah tersebut, maka ia dibolehkan. 
Sebaliknya jika amanah tersebut diterima dan terus diberikan kepada yang lain tanpa sebarang tanggungjawab dan seliaan daripadanya, maka ia telah mengabaikan amanah. Inilah yang kita bimbangi sebagaimana sabda Nabi SAW:
إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ ” , قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : ” إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ 
“Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan.” Lantas sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?” Jawab Baginda: “Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.” [Riwayat al-Bukhari (6496) dan Ibn Hibban (104)]
Semoga Allah jadikan kita dalam kalangan yang menunaikan amanah. Amiin.
Ustaz Dr. Zulkifli Al Bakri

+ Mufti Wilayah Persekutuan

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top