Connect with us

Oh! Media

“Diam Dan Mula Bekerja” – Tunku Ismail Tegur Skuad Harimau Malaya Supaya Kekal Fokus

Oh! Tidak

“Diam Dan Mula Bekerja” – Tunku Ismail Tegur Skuad Harimau Malaya Supaya Kekal Fokus

Sebelum ini skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan kekuatan yang ditunjukkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila ditumpaskan 0-4 semasa kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum, Dubai. Peminat mengecam prestasi skuad Malaysia yang menunjukkan aksi tidak bersemangat menjadi punca kekalahan besar itu.

ADVERTISEMENT

Akibat kekalahan itu, menyebabkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya memuat naik gambar di laman Instagram beserta kapsyen yang meminta diri mereka untuk terus fokus. Tetapi tindakan itu mendapat perhatian daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hal itu berlaku apabila pemain Harimau Malaya, Matthew Davies memuat naik gambarnya di dalam Instagram miliknya dengan kepsyen “Masa untuk memperbaiki kesilapan kita dan bangkit kembali dengan lebih kuat, semua fokus pada permainan penting selepas ini“.

Tidak lama kemudian, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan bos kepada pemain itu di Johor Darul Ta’zim (JDT) turut meninggalkan komen dalam hantaran yang dibuat oleh Davies menggesa pemain itu untuk menutup sosial media dan mula bekerja.

Kesan daripada tindakan itu, hantaran yang dibuat oleh Davies telah pun dipadam.

Tangkap layar melalui hantaran yang dibuat Matthew Davies mendapat kritikan daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Selain Davies, beberapa tonggak utama yang lain juga turut memuat naik status masing-masing bagi meluahkan rasa kekecewaan mahupun menaikkan semula motivasi susulan kekalah kepada UAE itu.

Walaupun tindakan segelintir pemain itu sebagai pemangkin motivasi untuk mengembalikan semangat mereka, akan tetapi mereka perlu dihadkan aktiviti mereka di laman media sosial bagi memastikan tumpuan dan fokus mereka tidak terjejas.

Sebelum ini, jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pernah mengingatkan para pemain agar tidak ‘bermain’ media sosial sepanjang kempen kali ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas