Connect with us

Oh! Media

“Dialah Yang Harus Memohon Maaf” – Fazura

Umum

“Dialah Yang Harus Memohon Maaf” – Fazura

 

ADVERTISEMENT

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pelakon Nur Fazura Sharifuddin tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminatnya di Instagram kerana menggunakan perkataan “kimK”.

Fazura berkata tegurannya itu tidak keterlaluan kerana perkataan itu mengelirukan dan mempunyai makna berlapis seperti pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

“Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif.

“Kebetulan saya nampak perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu,” katanya, seperti dilapor Berita Harian, hari ini.

Sebaliknya, tambah pelakon itu, pengikutnya di media sosial Vii Narza perlu memohon maaf kepada rakannya jika benar beliau berniat untuk mempersenda.

“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

“Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada perasaan. Tidak semua orang tahu cerita sebenar,” katanya.

Ditanya tentang laporan polis yang dibuat semasa malam kejadian, Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut sama ada ia berkaitan dengan kes buli siber.

“Peguam sudah menasihatkan saya supaya tidak mengulas perkara itu. Terpulanglah pada mereka di luar sana untuk fikir untuk apa laporan polis itu dibuat,” katanya.



Wanita itu, yang hanya ingin memperkenalkan diri sebagai Vii Narza, mengulas gambar Fazura bersama rakannya di Instagram dengan ungkapan “Mcm kimK yg dpn tu” (macam kimK yang di depan itu).

Namun, wanita tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa komen yang ditinggalkan di Instagram Fazura itu bukanlah berniat buruk seperti yang dinyatakan dalam artikel ini.

Malah Vii Narza, 25, berkata beliau terkejut dengan tindakan Fazura yang tersalah anggap perkataan “kimK”, yang dimaksudkan selebriti terkenal Kim Kardashian.

“Dalam isu ‘kimK’, saya tidak bermaksud atau berniat melontar kata kesat. KimK = Kim Kardashian,” katanya.

Sumber : themalaymailonline

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas