Connect with us

Oh! Media

Di Matamu Atasi Ku Rela Dibenci Dengan 50 Juta Tontonan

image2b2528712529jpg

Umum

Di Matamu Atasi Ku Rela Dibenci Dengan 50 Juta Tontonan

Video muzik nyanyian penyanyi Sufian Suhaimi iaitu Di Matamu telah berjaya memecah rekod dengan 50 juta tontonan dan ini sekaligus memintas rekod tontonan Youtube nyanyian Aiman Tino menerusi lagu Ku Rela Dibenci.

Dari apa yang kami lihat, sehingga jam 5:30 petang tadi, video muzik itu telah meraih 50,157,645 tontonan dan dengan rekod baharu ini, impian Sufian melihat single keempatnya mencecah 50 juta tontonan sebelum Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, awal bulan depan, tercapai.

“Single ini menjadi antara yang terus mengangkat nama saya di pentas seni. Bagi saya, kejayaan ini satu fenomena dan pencapaian peribadi buat saya,” katanya kepada BH Online.

IKLAN

Sufian mengaku, single berkisar cinta tidak kesampaian itu memberi kesan besar dalam kerjaya seninya.

“Banyak cerita yang berkait dengan saya menerusi lagu ini.

“Lagu ini juga membawa saya ke Indonesia hingga merakamkannya secara duet bersama Shima Band dengan judul Di Matamu 2.0,” katanya.

Sumber: Berita Harian

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas