Connect with us

Oh! Media

(Video) Detik Cemas Kemalangan Bot Ke Pulau Perhentian

Umum

(Video) Detik Cemas Kemalangan Bot Ke Pulau Perhentian

Kami menerima satu kiriman video daripada salah seorang followers Oh! Media tentang satu kemalangan bot yang dalam perjalanan dari Jeti Kuala Besut untuk menuju ke Pulau Perhentian.

ADVERTISEMENT

Pengirim merupakan salah seorang mangsa yang berada di dalam bot ketika kejadian

Hi Oh Media,
“Saya nak share video detik2 cemas kemalangan bot sabtu lepas, waktu kejadian 12.30 tengahari, perjalanan dari jeti kuala besut ke pulau perhentian.. walaupun jaket keselamatan disediakan tetapi driver boat ambil sikap sambil lewa, belum sempat kami (penumpang) nak pakai jaket, bot dipandu dengan laju dan akhirnya berlanggar dengan bot lain.. alasan yang diberi pemandu bot, tak nampak..

“Walaupun bot terbalik tapi driver masih tidak mengagihkan jaket, dah mengarahkan penumpang membiarkan sahaja..

“Alhamdulillah semua penumpang selamat dah tidak mengalami kecederaan serius.. Dalam keadaan cemas kerana bot telah dimasuki air, kami sendiri berusaha mendapatkan jaket yang disimpan di bumbung bot..

“Laporan polis telah dibuat namun kejadian ini diharapkan menjadi tauladan kepada penumpang dah pengusaha bot supaya mengutamakan keselamatan. Video diambil menggunakan iphone 6 plus dalam casing kalis air..” – Juhari Sulaiman

Diharap, pihak pengurusan pengangkutan bot mengambil berat tentang langkah-langkah keselamatan. Jangan sampai dah meragut nyawa baru nak buat sistem baru. 

Video Rakaman Detik Cemas Ketika Kemalangan Berlaku

OHMEDIA: Syukur tiada yang terkorban atau tercedera. Berhati-hatilah sentiasa.

Pherazone merupakan wangian yang mempunyai kesan khas yang mampu menarik perhatian sekeliling kepada si pemakai. Ia…

Posted by Oh! Media on Sunday, June 14, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas