Connect with us

Oh! Media

Derma eWallet Touch ‘n Go Diperkenalkan di Masjid

Tng masjid 805x453jpg

Oh! Lifestyle

Derma eWallet Touch ‘n Go Diperkenalkan di Masjid

Kini kita boleh menderma dengan lebih mudah apabila Touch ‘n Go menawarkan eWallet mereka bagi tujuan derma secara ‘cashless’ di masjid.

Sistem ini, telah pun dilaksanakan di Masjid Ar-Rahah di Kampung Kerinchi terlebih dahulu sebelum melihat kepada keberkesanannya untuk dilaksanakan di semua masjid.

Kaedah menderma yang sangat mudah ini hanya memerlukan pendema mengimbas kod QR yang dipaparkan dan seterusnya memilih jula amaun yang ingin disumbangkan atau didermakan.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin ketika ditemui di majlis tersebut berkata, “Kami mahu menjadikan teknologi lebih inklusif dan membantu ahli komuniti di Kampung Kerinchi menerusi platform yang mudah dan selamat.”

“Setiap sumbangan sama ada kecil atau besar, adalah sangat bermakna. Kami berharap melalui penggunaan teknologi, kutipan derma kini makin mudah dan selamat,” kata Syahrunizam.

Oleh itu, pihak pengurusan masjid yang ingin mempunyai kemudahan menderma menggunakan eWallet Touch ‘n Go ini boleh berhubung secara terus dengan pihak TNG Digital.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas