Connect with us

Oh! Media

Demi Nyawa, Sanggup Potong Tangan?!

Umum

Demi Nyawa, Sanggup Potong Tangan?!

Awal pagi tadi telah berlaku kejadian runtuhan struktur bangunan di tapak pembinaan Terminal Bas Bersepadu Gombak melibatkan mangsa seorang lelaki warga Bangladesh. Lelaki berkenaan terpaksa dipotong sedikit tangan beliau oleh pihak Bomba dan Penyelamat kerana selepas sebahagian tubuhnya berjaya dibawa keluar, pihak bomba dapati sebahagian tangan mangsa remuk dan terpaksa dipotong di lokasi kejadian untuk mengeluarkannya.
Tindakan memotong sebahagian tangan mangsa juga diperoleh daripada nasihat doktor dan pegawai perubatan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang, untuk rawatan lanjut. Secara keseluruhan, kejadian ini pada awalnya membabitkan tiga mangsa, namun dua dari mereka iaitu dua lelaki warga Indonesia, sudah berjaya diselamatkan oleh rakan mereka yang juga pekerja di lokasi sama.

ADVERTISEMENT

Sumber: Sinar Harian

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas