Connect with us

Oh! Media

Dayana Roza Kata Dia Sebenarnya Pakai Singlet

Umum

Dayana Roza Kata Dia Sebenarnya Pakai Singlet

Dayana Roza, seorang pelakon wanita yang kini popular dengan watak Suri dalam cerita Asam Pedas Untuk Dia sedang menjadi bualan warganet. Ini disebabkan dengan gambar seksi Dayana yang dilihat seperti tidak memakai baju dalam kempen sebuah produk penjagaan diri.

ADVERTISEMENT

Saya sebenarnya memakai ‘singlet’. Cuma, ada beberapa pos memperlihatkan saya menurunkan tali baju dalam, seperti berkemban. Saya tidak tertekan dengan isu ini. Ia juga bukan kontroversi pertama saya hadapi. Cuma, ramai yang cepat memberikan pandangan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Dayana juga menjelaskan dia diminta untuk menjadi model bidan terjun untuk menjayakan produknya sendiri yang dijalankan bersama rakan kongsi pada Mac lalu. Jelas Dayana, kempen itu memerlukan dirinya tampil dengan konsep minimalis dan ringkas seperti iklan antarabangsa.

Saya tahu, sebagai manusia kita ada batasannya. Saya juga faham perkara ini sensitif bagi sesetengah anggota masyarakat. Saya sendiri tiada niat untuk mencetuskan kontroversi. Malah, sepanjang tahun ini nama saya bersih daripada cerita panas,” katanya yang memilih untuk tidak memadamkan perkongsian foto terbabit di laman sosial.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas