Connect with us

Oh! Media

(Video) Baru Seminggu Peluk Islam, Daud Kim Ditanya Bolehkah Awak Menukar Agama Kembali?

ohmedia daudkimpng

Umum

(Video) Baru Seminggu Peluk Islam, Daud Kim Ditanya Bolehkah Awak Menukar Agama Kembali?

Minggu lalu, heboh di media sosial menceritakan tentang penghijrahan seorang YouTuber dari Korea Selatan iaitu Jay Kim yang telah memeluk Islam. Korang dapat mengikuti kisah dan perjalan penghijrahan Kim atau nama Islamnya Daud Kim di Chanel YouTube miliknya dan dia kongsikan banyak video di sana.

Daud Kim untuk pengetahuan korang telah mempelajari dan mengkaji agama Islam selama hampir setahun selepas dia mendapat hidayah untuk ke arah itu. Dia mengakui banyak benda telah berubah di dalam hidupnya walaupun masih belum siap sepenuhnya untuk menukar agama, dia tetap yakin untuk mencuba lakukan yang terbaik.

IKLAN



Dalam pada itu, Daud Kim yang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang memeluk agama Kristian Katolik itu telah membuat kejutan untuk pulang ke kampung halaman bagi memberitahu berita penghijrahan dirinya kepada ibunya.

Namun, seperti yang dibayangkan Daud Kim, ibunya ternyata amat terkejut dan tidak bersetuju dengan keputusan anaknya itu serta dapat dengar suara ibuanya yang amat marah.

Kenapa awak tak beritahu benda yang penting ini pada saya terlebih dahulu? Kenapa awak buat keputusan ini seorang diri? Adakah awak sudah gila? Bolehkah awak menukar agama kembali?, kata ibunya.

Perbualan ini korang dapat lihat di video terbaru Daud Kim yang akhirnya menunjukkan ibunya mula tenang sedikit dan akhirnya akur dengan keputusan yang dibuat anaknya itu dan meminta maaf kepada anaknya kerana telah meninggikan sedikit suara.

Saya sangat marah pada awak, sebab itulah saya menjerit pada awak, saya minta maaf, akur dengan keputusan anaknya.

Selain itu, ibunya turut mengatakan yang dia faham akan tindakan anaknya itu dan telah menjangkakan anaknya akan menukar agama kepada seorang Muslim selepas mengetahui niatnya. Tetapi bagi ibunya ia terlalu awal untuk anaknya memeluk Islam selepas baru setahun mendekati dan mempelajari agama Islam.

Bagaimanapun, Daud Kim dengan tenang cuba menerangkan keputusan yang dia lakukan adalah tepat dan bukanlah tergesa-gesa serta dia juga sudah bersedia untuk hidup sebagai seorang muslim. Ikuti perbualan penuh diantara Daud Kim dan ibunya di bawah:




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas