Connect with us

Oh! Media

Datuk Yusof Haslam Lega Selesai Semua Hutang

biodata yusof haslamjpg

Umum

Datuk Yusof Haslam Lega Selesai Semua Hutang

Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa syukurnya kerana dapat menyelesaikan hutang sebelum usia 55 tahun. Yusof atau nama lengkapnya, Mohd Yusof Md Haslam Khan berkata, azam itu dibuat sejak usia muda kerana bimbang dibebani hutang yang mungkin menjejaskan orang sekelilingnya.

“Sejak usia 30-an lagi saya sudah menetapkan azam untuk menyelesaikan semua hutang sebelum usia mencecah 55 tahun.

“Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan apabila rezeki saya murah. Saya paling takut apabila muda senang, tetapi susah ketika tua,” katanya.

IKLAN

Yusof ditemui pada majlis doa kesyukuran dan pemberian bonus kepada artis, kru dan pekerja yang terbabit dengan filem Munafik 2 terbitan syarikatnya, Skop Productions Sdn Bhd.

Filem arahan dan dibintangi Syamsul Yusof bersama Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz dan Mawi itu mencatat kutipan mencecah RM43 juta apabila ditayangkan di negara ini pada 30 Ogos lalu, selain meraih RM4 juta di Indonesia.

“Sejak dahulu lagi, saya mengamalkan konsep untuk berkongsi rezeki dengan pekerja dan barisan artis yang bertungkus-lumus menjayakan karya kita.

“Tidak perlu saya kongsi berapa jumlah yang diberikan, nanti orang kita riak pula.

“Apa yang dapat saya katakan, jumlah yang diberikan itu berbaloi dengan hasil kerja masing-masing,” katanya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas