Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

Umum

Datuk Seri Vida Mohon Maaf Kepada Aishah

I want, I want, I want chuuuu hehehe Datuk Seri Vida semalam membuat permohonan maaf gais  secara terbuka dekat rumahnya di Ipoh pada Sabtu kepada juara Gegar Vaganza 4, Aishah. Haa! Dia lah yang bagi hadiah berlian palsu tu. Lain kali awak kena ikhlas bagi hadiah dekat orang tau?

ADVERTISEMENT

Saya, Datuk Seri Vida secara terbuka memohon maaf kepada Wan Aishah Binti Wan Ariffin atas representasi salah terhadap hadiah barang kemas tambahan Gegar Vaganza 4. Semoga apa yang saya buat ini memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima dan mereka yang menantikan keputusan daripada dulu sampailah sekarang, dah setahun lebih. Di sini saya ingatkan tiada istilah kalah menang tapi atas persetujuan bersama lahirlah tiga keputusan yang saya rasa walaupun nampak macam tak kisah tapi bagi saya dengan hati yang ikhlas dan rela.

Mesti malu kan bila dah kantoi bagi berlian palsu? Sebelum ni, Aishah ada memaklumkan yang Vida akan bayar harga barang kemas yang berjumlah RM80,000 dan akan membuat permohonan maaf secara terbuka sebelum atau pada 17 Julai ni.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas