Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Mustapa Kini Sertai Bersatu

Oh! Negara

Datuk Seri Mustapa Kini Sertai Bersatu

Datuk Seri Mustapa atau panggilan mesranya Tok Pa yang merupakan bekas pengerusi UMNO Kelantan akhirnya menyertai Bersatu malam tadi apabila menyerahkan borang keahlian kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pengerusi parti tersebut.

ADVERTISEMENT

Sebelumnya, Tok Pa telah membuat pengumuman untuk keluar dari UMNO dan telah menjadi ahli parlimen bebas selama sebulan.

“Setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas selama beberapa minggu dan meneliti perkembangan politik semasa, saya telah mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu.

“Saya percaya ia akan memberi peluang untuk saya memainkan peranan yang lebih berkesan bagi membela kepentingan pengundi saya di Jeli dan rakyat Kelantan secara keseluruhannya,” katanya.

Tok Pa turut menyatakan sokongannya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan segala langkah yang diambil oleh pihak kerajaan sekarang bagi memastikan ekonomi negara terus bergerak dengan baik.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas