Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Anwar Isytihar Harta RM10.7 Juta Kepada SPRM

Oh! Negara

Datuk Seri Anwar Isytihar Harta RM10.7 Juta Kepada SPRM

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson kini telah melaporkan harta miliknya yang dikatakan bernilai RM10,748,658.83.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad yang berkata Anwar telahpun menghantar perisytiharan hartanya kepada SPRM setelah diminta oleh kerajaan bagi semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen PH.

Walaubagaimanapun, nilai RM10.7 juta itu termasuk nilai pasaran semasa rumah Anwar yang berada di Bukit Segambut yang bernilai RM9.5 juta yang dibeli pada harga RM4.5 juta pada tahun 2005 setelah Anwar menjual rumah di Bukit Damansara.

Selain itu, Anwar juga mempunyai sebidang tanah yang dibelinya pada tahun 1974 di Permatang Habib, Mukim Penor pada harga RM7000 dan kini harga pasaran telah mencecah RM420,000.

Harta lain adalah datang dari akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan yang berjumlah RM828,658.83.

Untuk pengetahuan anda, seperti yang didedahkan sebelum ini, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr R Santhara Kumar adalah pemilik aset paling banyak pada nilai RM132 juta.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Oh Media Gaming atau lebih dikenali dengan panggilan OMG merupakan sebuah lagi produk Oh! Media yang ditubuhkan atas dasar minat kami dalam dunia permainan video dan demi menyahut seruan dalam memajukan Sukan Elektronik (e-Sport) di Malaysia.

Banyak yang disediakan OMG hanya untuk korang merasai sendiri pengalaman bermain permainan elektronik seperti Playstation 4, Nintendo Switch, Xbox, Racing Simulator, NesClassic dan banyak lagi.

So, korang yang belum lagi sampai OMG tu boleh terus search Google Maps atau Waze “Oh Media Gaming” dan ikuti kami di Facebook Oh Media Gaming – OMG dan Instagram @ohmediagaming.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas