Connect with us

Oh! Media

Datuk Aliff Syukri Terkejut Apabila Seorang Pemuda Datang Ke Rumahnya

Umum

Datuk Aliff Syukri Terkejut Apabila Seorang Pemuda Datang Ke Rumahnya

Datuk Seri Aliff Syukri terkejut bila tengok ada seorang lelaki OKU dari Johor datang ke rumahnya secara tiba-tiba. Rupa-rupanya lelaki tu memang loyal fans Aliff dan lebih meruntun hati bila tengok lelaki tu minta tolong daripada Aliff supaya bagi dia peluang untuk bekerja dengannya.

ADVERTISEMENT

Hari ini secara tiba-tiba seorang lelaki datang ke rumah saya dan dibawa oleh pengawal keselamatan, saya ingat perompak…Dia cakap dia nak jumpa saya. Saya terkejut apabila dia datang tiba-tiba dengan bawa plastik gambar saya. Dan dengan gaya yang normal dia nampak begitu segak dan juga handsome..tak sangka dia OKU. Dia begitu teruja dapat berjumpa dengan saya… Ini lah kali pertama saya menghadapi pengalaman seperti ini. Dia nak bekerja dengan saya. Dan dia peminat saya. Tapi, adakah patut saya mengambil dia sebagai seorang pekerja. Sedih, kasihan, confused semua ada.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Perkongsian itu telah mendapat macam-macam reaksi yang positif daripada netizen dan juga artis. Malah ada salah seorang bekas cikgunya pun komen pasal keperibadian dia di sekolah pendidikan khas di Segamat, Johor tau.

Dia memang anak yang baik, rajin dan menghormati orang. Datuk adalah idolanya, ke mana-mana dia pergi dia akan tunjukkan handfone dia yang penuh dengan gambar Datuk. Sebaik sahaja tamat persekolahan pendidikan khas dia melakukan pelbagai kerja seperti operator, kerja di kedai makan dan macam-macam lagi.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas