Connect with us

Oh! Media

Dato Seri Vida Bagi Aishah Pilih Barang Kemas

Umum

Dato Seri Vida Bagi Aishah Pilih Barang Kemas

Qu Puteh, Qu Puteh! Barulah Putih! Siapa je tak kenal Dato Seri Vida yang vogue? Sebelum ni ada kes dia memberi berlian palsu kepada juara Gegar Vaganza tetapi sekarang semuanya sudah berakhir dan dia berharap masalah ini akan reda selepas dia serah barang kemas dan berlian kepada Aisyah. Korang jangan kecam dia lagi ya?

ADVERTISEMENT

Time sidang media semalam, dia ada bagitahu bahawa dia serahkan semuanya pada Aisyah untuk pilih barang kemas apa yang dia inginkan. Bagus betul Dato Seri Vida ni. Barulah adil. Mana taknya, sebab kes ni jugalah memberi kesan dekat bisnes dia terutamanya bisnes barangan kemas.

“Kalau diikutkan, saya boleh saja pilih sendiri barang kemas itu dan serahkan kepada Aishah. Nama pun hadiah, sepatutnya begitulah caranya. Tetapi saya nak bagi dia puas hati, saya tak mahu timbul isu lagi. Jadi saya berikan dia sendiri buat pilihan yang mana dia berkenan.

“Kedai yang dipilih juga bukan sebarangan kedai. Kalau selalunya dalam sebulan saya boleh dapat RM10 juta hingga RM15 juta, selepas jadi begini, boleh dikatakan 80 peratus keuntungan menurun,” katanya.

Bukan itu je, Vida sudah pun bersetuju untuk bayar kos guaman yang Aisyah tanggung selama ni. Tetapi Vida ni tak serik juga selepas kes ni jadi malah dia bersedia untuk menaja mana-mana program selepas ini. Apa yang sudah terjadi, dia mengambil sebagai iktibar buat diri dia.

Tambahan pula, dia ada memberitahu yang ganti rugi RM80,000 tu, anak dia yang bayar iaitu Cik B dengan melalui keuntungan yang dia jual produk salmon king. Baiknya Cik B tolong ibu dia sebab dia taknak tengok ibu dia susah dan sedih.

“Saya tidak serik. Taja program itu satu strategi pemasaran untuk perniagaan saya. Saya pun tidak menipu. Barang kemas yang saya hadiahkan itu, memang nilainya seperti yang sebutkan dulu. Tetapi masa berlalu, nilainya semakin turun.

“Ini pengajaran untuk saya lebih berhati-hati apabila nak bagi hadiah lagi. Memang saya terharu. Setiap hari saya mengadu dengan dia tentang masalah saya, rupa-rupanya dia mendengar dan nak membantu,” katanya.

Apa lagi, Aishah pun pilih lima jenis barangan kemas dan berlian tau. Sebentuk cincin emaas dengan berlian pun dah bernilai RM28,820 dan sebentuk cincin emas pula bernilai RM7,750. Harga keseluruhannya adalah RM80,000. Sis pun tak mampu beli barang kemas bernilai macam tu tau.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas