Connect with us

Oh! Media

Dato Boy Iman Dipersoal Sambung Master Sedangkan Telah Miliki PhD

Umum

Dato Boy Iman Dipersoal Sambung Master Sedangkan Telah Miliki PhD

Nama Boy Iman atau Dato Noruliman Bin A.Rahman kembali menjadi panas apabila dia kembali memuat naik satu gambar di Instagram miliknya yang menunjukkan kad pelajar.

Status berkenaan telah menarik perhatian netizen yang menganggap ia sebagai satu lagi muslihat dan timbul keraguan apabila timbul persoalan mengapa dia perlu mengambil Master sedangkan sebelum ini dia katakan telahpun memiliki PhD.

Dalam gambar berkenaan dapat dilihat sebuah kad pelajar yang ada menunjukkan gambar Boy Iman dan nama penuhnya beserta no pelajar EX1902053 yang turut mengatakan akan menyambung pengajian di peringkat Master dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.

IKLAN

“Dapat kad pelajar membuatkan saya rasa macam satu ‘semangat’ yang luar biasa pada diri saya.

“Ini juga adalah salah satu azam tahun 2019. Doakan saya habis belajar ya walaupun agak sibuk dengan komitmen yang sedia ada”, katanya.


Walaubagaimanapun, tempat atau universiti mana yang dia masuki tidak didedahkan.

Tulisan Dato yang ada pada nama kad pelajar Boy Iman turut dipersoal kerana kebiasaannya kad pelajar hanya menggunakan nama penuh seperti dalam kad pengenalan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas