Connect with us

Data Tanpa Had Dengan Pelan Unifi Mobile Untuk Pelajar Serendah RM59 Sebulan

Umum

Data Tanpa Had Dengan Pelan Unifi Mobile Untuk Pelajar Serendah RM59 Sebulan

Bagi memudahkan perjalanan semua pelajar untuk menjalani pembelajaran secara atas talian, Telekom Malaysia telah menawarkan pakej terbaru yang khas untuk pelajar pengajian tinggi awam dan swasta dengan Pek Pelajar Unifi Mobile. Apa yang menariknya, pakej ini tiada had data, panggilan tanpa had, pesanan mesej tanpa had dan hospot sebanyak 10GB LTE.

Harga yang ditawarkan pada Pek Pelajar Unifi Mobile ini adalah RM59 untuk sebulan dan plan ini akan berterusan walaupun habis tempoh PKP nanti. Kepada pelajar yang ingin melanggan tawaran ini, korang tak perlu risau sekiranya ingin membatalkan plan ini bila sudah tidak diperlukan kerana tiada kontrak yang ditetapkan untuk Pek Pelajar Unifi Mobile ini.

Ianya dibuka untuk pelajar antarabangsa dan juga tempatan. Semasa ingin membuat pendaftaran, pelajar perlu memastikan yang mereka mempunyai kad pelajar yang sah dan email rasmi universiti masing-masing di peringkat ijazah dan sarjana. Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi Unifi gais!

Sumber : Unifi

+ Baca respon pembaca pek pelajar Unifi Mobile di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top