Connect with us

Oh! Media

Dari 3 Saf Meningkat Kepada 7 Saf, Lihat Cara Masjid Ini Tarik Minat Kanak-Kanak Solat Subuh Di Masjid

ohmedia2bsolat2bsubuhpng

Umum

Dari 3 Saf Meningkat Kepada 7 Saf, Lihat Cara Masjid Ini Tarik Minat Kanak-Kanak Solat Subuh Di Masjid

Walaupun mungkin ada individu yang akan mengatakan “kenapa perlu tawarkan duit untuk suruh orang buat baik?”, Ohmedia ada soalan juga untuk korang. Apa pula usaha korang untuk mengimarahkan Masjid? Ohmedia maksudkan dengan usaha yang telah dilakukan sebuah masjid yang telah memberikan RM3 kepada kanak-kanak yang datang solat berjemaah waktu subuh di masjid.

Tindakan jawatankuasa masjid ini seharusnya dipuji kerana ia dapat memupuk kanak-kanak ini bangun awal pagi dan bergegas siap ke masjid sebelum ke sekolah.

Situasi ini dikongsikan Harian Metro dan Masjid Batu 2 1/2 Mak Chili telah berkata yang jumlah saf semakin bertambah dari 3 saf kepada 7 saf pada waktu subuh.

IKLAN

Pada hari pertama, 50 pelajar sahaja hadir solat Subuh berjemaah di masjid itu, tetapi sekarang jumlah kehadiran lebih 80 pelajar. Selepas solat Subuh berjemaah, mereka perlu mendengar tazkirah ringkas selama 10 hingga 15 minit terlebih dahulu sebelum beratur dan diserahkan insentif itu oleh ahli jawatankuasa masjid. Tidak semua pelajar dan murid di kawasan ini terdiri daripada golongan berkemampuan. Oleh itu, pemberian insentif itu secara tidak langsung memberi manfaat kepada golongan yang kurang bernasib baik. Bagi pelajar dan murid berkemampuan, mereka boleh menyimpan wang sekiranya tidak berbelanja di sekolah. – Kata pengerusi masjid Johan Ismail.

Usaha ini sebenarnya telah dilakukan sejak 1 Januari lalu dan pemberian RM3 ini hasil dari sumbangan daripada orang ramai yang telah menyumbang ke dalam tabung masjid dan usaha ini akan tetap diteruskan sehingga Februari ini mengikut kepada sambutan orang ramai.

Nampaknya, ini satu contoh yang baik dan mungkin ia boleh dipraktikkan di tempat lain. Jika sekarang pergi ke masjid kerana duit, lama kelamaan pasti akan niat kerana Allah. InsyaAllah.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas