Connect with us

‘Guru sekolah tak buat apa-apa’ – Mangsa Buli Tinggalkan Nota Sebelum Bunuh Diri

Umum

‘Guru sekolah tak buat apa-apa’ – Mangsa Buli Tinggalkan Nota Sebelum Bunuh Diri

Seorang remaja lelaki berusia13 tahun dari Staten Island, New York, mengambil tindakan membunuh diri pada Khamis lalu selepas tidak tahan menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan di sekolahnya.

Namun, sebelum itu Daniel Fitzpatrick sempat meninggalkan nota tragis yang mendakwa rakan-rakannya di Holy Angels Catholic Academy tidak lagi bercakap dengannya dan tidak suka padanya. Daniel maut selepas menggantung diri pada kipas di rumahnya.

“Saya putus asa. Guru-guru juga tidak berbuat apa-apa,” tulisnya, yang sepatutnya memulakan pembelajaran di sekolah baharu iaitu Xaverian High School di Brooklyn.

Bapa Daniel, yang juga bernama Daniel Fitzpatrick, telah memuat naik rakaman video ke akaun Facebooknya pada Sabtu untuk menyatakan perasaan sedihnya serta mengucapkan terima kasih kepada pihak yang peduli tentang nasib anaknya.

Bapanya juga mengecam tindakan rakan-rakan sekolah yang dikatakan ‘membuli’ anaknya, selain mempertikaikan tenaga pengajar di sekolah Katolik itu yang tidak membantu anaknya ketika remaja itu membuat aduan.

Menurutnya, daripada nota anaknya itu, pihak sekolah sekadar memberi jawapan “Jangan khuatir. Semuanya akan berakhir”, setiap kali anaknya mengadu masalahnya.

Pihak Holy Angels Catholic Academy tidak membuat sebarang kenyatan berhubung perkara itu.

“Cerita tentang anak saya sekarang boleh dilihat di seluruh dunia, dan semua orang kini tahu penderitaannya. Saya amat merindui anak saya.

“Tiada ibu bapa yang sepatutnya mengebumikan anak sendiri. Tiada anak yang harus mengalami sepertimana yang anak saya lalui,” ujarnya dalam video itu.

Dia juga meninggalkan pesanan kepada ibu bapa pelajar yang membuli anaknya.

“Kepada ibu bapa pelajar yang membuli anak saya, apa yang saya ingin katakan adalah semoga kalian dapat merasai apa yang keluarga kami tanggung sekarang ini. Kalian dapat bersama anak-anak kalian setiap hari, saya tidak lagi dapat berbuat demikian. ‘Raksasa kecil’ kalian telah merampas itu daripada saya dan isteri,” luahnya.

Ibu mangsa, Maureen Fitzpatrick memberitahu, dia masih tidak dapat melupakan nama-nama rakan sekolah yang ditulis dalam nota anaknya.

“Dalam nota itu, anak saya mahu rakan-rakannya itu sedar apa yang dilakukan ke atas dirinya”.


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top