Connect with us

Oh! Media

Dakwa Jawab Peperiksaan Atas Pokok Adalah Palsu, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!

0587418e 2cac 49e9 b70c ac7598356b3bjpeg

Umum

Dakwa Jawab Peperiksaan Atas Pokok Adalah Palsu, Veveonah Mosibin Akhirnya Bersuara!

Semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa bahawa video yang menunjukkan pelajar menjawab peperiksaan di atas pokok pada bulan Jun lalu adalah palsu.

Walaubagaimanapun, Veveonah Mosibin yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah akhirnya bersuara menerusi satu posting di Facebook. Dia meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan tersebut.

Veveonah Mosibin berkata dia berasa sedih kerana telah berusaha untuk mencari line internet semata-mata ingin menjawab peperiksaan secara atas talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

IKLAN

Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik. Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan.

Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri. Terima kasih kepada mereka yang masih sokong.

Untuk pengetahuan, video yang dimuatnaik oleh Veveonah Mosibin di laman Youtube telah mencuri perhatian warganet kerana dia terpaksa memanjat pokok demi mendapatkan line internet yang kukuh untuk menjawab peperiksaan secara atas talian.

OHMEDIA: BERTABAHLAH VEVEONAH!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas