Connect with us

Oh! Media

Daiyan Trisha Derma RM7,000 Kepada Individu Yang Memerlukan Atas Sebab Penularan Wabak Covid-19

Umum

Daiyan Trisha Derma RM7,000 Kepada Individu Yang Memerlukan Atas Sebab Penularan Wabak Covid-19

Syukur Alhamdulillah! Masih ramai lagi rakyat Malaysia mempunyai hati yang ikhlas dan baik untuk membantu orang yang lebih memerlukan di luar sana. Baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi yang bernama Daiyan Trisha menyumbangkan sebanyak lebih RM7,000 dengan menggunakan peruntukan sendiri kepada badan bukan kerajaan (NGO), individu serta keluarga yang memerlukan atas sebab penularan wabak Covid-19.

ADVERTISEMENT

Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang. Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama.  Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan. Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai platform berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama.

Walaubagaimanapun, Daiyan berasa amat bersyukur kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan beliau menganggap bantuannya adalah hanya satu peratus jer.

Kalau korang nak tahu, Daiyan juga berkongsi di beberapa platform untuk memberi sumbangan tau. Jadi, beliau berharap dari perkongsian tersebut dapat memberi manfaat kepada korang semua yang ingin menyalurkan bantuan termasuklah Mercy Malaysia.

Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia. Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik.

OHMEDIA: SEMOGA RAMAI ORANG DAPAT CONTOHI SEPERTI DAIYAN TRISHA UNTUK MEMBANTU ORANG YANG LEBIH MEMERLUKAN. AMIN.

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca sokong Daiyan Trisha di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas