Connect with us

Oh! Media

Da’i Wan Beri Nasihat Pada Instafamous Tidak Hormat Bulan Ramadan

Umum

Da’i Wan Beri Nasihat Pada Instafamous Tidak Hormat Bulan Ramadan


Kini viral seorang Instafamous, Faiz Roslan yang telah memuat naik sebuah sebuah video parodi lagu yang kini tengah trending, Lagi Syantik dengan mengenakan pakaian wanita bersama dua lagi rakannya pada hari pertama umat Islam meyambut puasa, telah mendapat perhatian ramai termasuk Da’I Wan.

Da’I Wan atau Wan Dazrin meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang dilakukan Faiz dan bertindak untuk menegurnya yang mula dikenali menerusi penghasilan video-video parodinya.

“Saya dah warning jangan buat lagi, kamu buat lagi. Sekarang kamu perlu berhadapan dengan saya lagi. Saya nak beritahu, dengan penulisan saya, ia boleh jadi viral, dan kamu akan rasa kesusahannya nanti.

“Sebab itu jangan cabar saya menulis lagi untuk kamu. Saya boleh susahkan kamu dengan kuasa viral yang ada pada zaman ni, Faiz,” tegur Da’I Wan menerusi Instagram miliknya dengan repost kembali video yang dimuat naik Faiz sebelum ini.

Posting Da’I Wan telah mendapat perhatian ramai dengan tanda suka sebanyak 35.9 ribu dan menerima  lebih 13,000 komen daripada netizen.

Menurut Da’I Wan lagi, apa yang lebih dikesalkan apabila video tersebut turut disertakan dengan #NerakaIsBack dan #MohonKecam yang seolah-olah sengaja mencabar dan mengundang kecaman orang ramai.

“Percayalah.. Tiada siapa pun yang suka dengan perbuatan kamu yang sebegini. Kamu nak apa, Faiz? Perhatian? Mengapa kamu nakkan perhatian dengan cara begini sedangkan banyak lagi jalan yang tak menghina diri sendiri.

“Mengapa kamu sia-siakan waktu kamu dengan kerja seperti ini. Hiburan di dunia ini sekejap sahaja Faiz. Jangan jadikan yang sekejap itu ‘Fast track’ ke Neraka, itu tindakan orang yang dungu, Faiz.

“Satu lagi, Neraka, jangan sesekali dibuat main, kamu takkan mampu terbayangkan betapa azab dan pedihnya nanti. Terlupakah kamu, yang kamu tak lama hidup di dunia, malaikat kiri kanan mencatat semua amalan kamu, buku amalan akan dihisab. Diserah pada tangan kiri habislah semua rasa seronok yang pernah kamu rasa di dunia,” tegurnya panjang lebar.

Da’I Wan juga menggesa Faiz supaya menghormati bulan Ramadan dan segera  memadam video tersebut. Tegasnya lagi, sekiranya Faiz tidak masih tidak menarik balik video tersebut, dia akan terus menegur dan bersuara secara terbuka.

“Tergamak kamu cemarkan hari yang suci ini dengan perbuatan parodi kamu yang hina. Come on, have common sense a bit. Tak boleh fikir ke ni bulan Ramadhan?.

“Kalau kamu tak ‘Delete’, saya tekad akan terus tegur kalian secara terbuka. Saya akan pastikan satu Malaysia khususnya umat Islam kenal kalian, tahu pasal aib kalian, dan tegur kalian secara terbuka.

“Sebab kalian sudah pun melakukan kesalahan secara terbuka bahkan dengan sengaja untuk kali kedua, maka saya dan barisan addu’at yang lain akan pastikan yang kalian terus ditegur sampai kalian tarik semula perbuatan kalian ini,” tegas Da’I Wan dalam nada kesal.
Itulah antara luahan dan teguran yang dibuat Da’i Wan dan semoga kita juga menjadikannya sebagai pengajaran, malah lebih menghormati bulan Ramadan ini.

ADVERTISEMENT
Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas